Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
3 tahun dalam alam perkahwinan, 2 tahun sara membesar.
Selama kami bersama, dalam susah, sedih, Serba tak cukup tp alhamdulillah, OCT 2019 abi dapat rezeki sikit. Kami dapat beli tv baru, Karpet, Set bilik tidur & Cat rumah.
Oh lupa nak bgtahu, Kami dah pindah rumah, tak jauh dengan rumah lama, cuma beza block sahaja. Kami pindah sbb tak mampu nak bayar rumah sewa berbulan waktu ni dan diminta keluar drpd rumah. Kesian sara kena lalui semua benda ni dengan kami. Alhamdulillah kawan kami Ammar ada nak sewakan rumah. Kami masuk rumah tu tanpa ada apa2 dalam rumah tu. Hanya basic sahaja waktu ni.
2019 dah nak hujung tahun abi dpt rezeki sikit belikan utk rumah. Ya allah, Happy nya kami waktu ni. Walaupun tak lah complete, tapi dapat juga cantikkan rumah dan bg sara selesa sb baju2 dah boleh letak dalam almari, sara dh boleh main atas katil dan kami duduk rumah dh x bosan sb dah ade tv. Sebenarnya, tahun ni tahun paling lama aku duduk rumah ibu sbb kami xcukup duit utk beli makanan and kat rumah pulak tak ada mesin basuh & sara pulak bosan duduk rumah tak ada tv. Dan waktu ini lah aku terpaksa bg dia tgk phone sama2 dengan kami. Yela, tv tak ada mainan tak ada.
Kami happy & sara pon nampak happy sangat dh dapat tidur atas katil baru. Alhamdulillah syukur kepadamu Ya ALLAH. Satu2 rezeki tu masuk.
Cuma skrg kami ada masalah dengan kipas. Hahaahahah! sbb sara sama mcm abah dia yg tak boleh panas , berpeluh sentiasa. Kipas pulak beli2 asyik rosak. Hahaha.
No comments:
Post a Comment