Part 2 (Sambungan)
Satu malam tu, aku bergaduh sikit dgn angah atas sbb tertentu dan minta dia keluar rumah aku. Aku suruh sbb aku dh kerja dan dia dh berenti takkan dia nk duduk rumah tu dgn abi pulak. Dia akur jela sb alasan tu munasabah bg aku. Oh lupa nak cakap, Angah dikawal sepenuhnya oleh acik.
Malam tu abg aku ada bgtahu aku yg angah ade serang keluarga kawan abg aku yg 'A' tu. Aku ada tanya angah dan masa tu aku fikir angah x pernah pelik kt rumah aku,, Yang aku tahu dia mmg dikawal dgn acik tu. Aku x cakap lagi dgn bie. Masa yang atok angah tu meniggal aku dan suami agak pelik disini. Sbb masa berubat atok angah tu seingat aku atok dia kene carik pengganti utk saka dia. Acik penah kata, nak mntak angah terima dlu dan dia nak buangkan sbb tubuh bdn utk org muda senang nak buang. Aku rasa acik dh mntak angah terima. Malam tu aku cerita semua dkt abi apa aku rasa dan syak. Sbb kami dh start pelik. Aku slalu solat minta dgn allah tunjukkan semua nya.
Alhamdulillah, Malam tu ibu ada nak jumpa anak sbb dkt setahun aku xbg sara jumpa ibu dan keluarga aku sbb takut masa tu. Aku bgtahuu acik yg keluarga aku jumpa kami. Mmg saja aku bgthu. Abi x berapa setuju & marah.Sbb yela dia masih xleh lupa apa yg acik ckp kt kami. Acik call2 aku masa aku jumpa keluarga aku, cuma aku xjawap. Mula2 aku gado juga dgn keluarga aku. Kami jumpa dekat metro je adik ipar bawa. Start yg ni la hari terakhir aku berhubung dengan angah dan acik. Sbb apa ibu dan abah cerita bercanggah dengan kami.
Acik bgtahu kami keluarga kami mcmni, Dan acik bgtahu keluarga kami yg kami rasa keluarga kami mcmni. Faham x? seolah2 dia tgh melaga2 kan kami. Start dari ni, aku tak lagi berhubungan dgn mereka termasuk angah. Dan semuanya kembali biasa wlpn ade kekacauan sikit2 dkt rumah aku. Tp 'A' byk bantu bersihkan rumah aku dan pagar balik rumah tu.
A bgtahu, dalam rumah tu mcm2 acik letak. Dan dia tutup rumah aku dgn kain hitam dan kuning. Mcm yg org semua tahu warna tu kan x elok. Dalam rumah tu mcm2 bnda ada acik letak, dulu dia kata yg dia letak penjaga dalam rumah aku.Tp sbnrnya xpernah ada funshion sbb sepanjang angah kena rasuk takpenah lg dia bantu.
Sejak ni aku dan keluarga aku makin okay, cuma abi dgn keluarga aku blm elok lagi. Kami selalu bergaduh bab ni. Skrg alhamdulillah makin okay abi dan fmly aku. kami dgn 'w' masih berkawan mcm biasa sbb dia pun xsuka acik dan mcm2 dia cerita dkt kami tntg runah dia, Kami btul2 buang keluarga dia dan acik dari idup kami. And now aman dan tenang sgt2.
Pengajaran dalam ni, Jangan percaya orang luar dri keluarga sendiri. Jangan bagi orang masuk rumah kita.
Alhamdulillah selesai semua masalah keluarga aku. Ini pon tak cerita detail. kalau cerita detail mau 10 part. Haha.
Dec 2019 - Tahun ni aku kerja balik dengan faiz di Midas sbgai Collector department. Aku pernah kerja sini untuk beberapa kali. Tapi tak berapa selesa.. Aku lebih suka kerja sebagai admin sbb hanya pegang pen dan kertas. Sabtu ahad cuti. Haha. Tahun ni bagi aku tahun yang sangat mencabar dan sangat panjang perit sakit & happy.
Tahun ni aku kenal dengan seluruh keluarga kawan baik suami iaitu 'w'. Aku kenal dia dari 2010 tahun yg aku kenal abi jugak. Tahun ni aku kenal dengan keluarga dia sbb adik nye tak berapa sihat & berubat dengan keluarga aku. Seperti yang aku cakap, tahun ni adalah tahun yg panjang, Happy, perit & tahun yg byk bg aku pengajaran sbnarnya.
Biarlah aku ringkaskan saje cerita sbb aku sbrnya taknak ingat apa2 cerita ni lagi. Kami sgt rapat, adik 'w' tu kami panggil 'angah'. Hampir 1 tahun aku duduk rumah ibu teman dia duduk situ. Masa ni keluarga aku yg ubat dia, sbb dia slalu dirasuk, diganggu dan selalu sakit bila dkt rumah dia. Dan masa ni hijab dia terbuka dan dia xbiasa. So aku temankan dia duduk rumah ibu selama dia sakit tu sbb yela rumah tu semua lelaki. Mula2 semuanya seperti biasa dan okay2 saje. Dan sejak bulan brpe Kami selalu diganggu, sara pulak matanya jenis nampak, Kami tidur tak pernah tenteram & dalam keadaan takot je. Aku ringkaskan je tau cite, sbb kalau nk cite dr mula mmg panjang sgt2. Selama ni elok je angah ni dgn kami wlpn kami slalu sgt x ckup tidur sbb dia boleh dikatakan hari2 dirasuk. tp nk tgk dia sihat kan. Layankan jela. Dia kerja dengan aku skli sbb kami rapat. Sampai lah satu hari kami kenal dengan 'Acik' aku gelarkan dia tu je bkn nama sbnr. Acik ni reti ubat org cuma cara dia lain drpd yg lain. Hijabnya terbuka sama mcm angah dan dia jugak tolong angah belajar cara kawal hijab dia tu. Mula2 semua nya okay lama2 makin berubah dan kucar kacir. Aku seperti org bodoh. Dalam keadaan yg aku tahu salah tp mulut aku akan kata semuanya betul. Keluarga aku kucar kacir, Aku bergaduh dengan seluruh keluarga aku. Sbb acik ni bgtahu angah dia nmpak ibu jaga sara dengan cara tak elok, Dia bgtahu ibu mcm ni dan abah mcm ni dan seluruh keluarga aku mcmni.
Bermula lah angah keluar dan duduk dirumah kami. Time ni penat sgt2. Aku slalu fikir nak suruh angah duduk balik rumah dia. Tapi tak terluah. Acik slalu dtg rumah aku sbb angah slalu bermasalah xkira waktu. Kami sekeluarga penat sgt2 sbb x ckup tidur. Hari ke hari aku dgr jela apa dorg kata, Itu salah dan ini salah. Waktu ni kerja pon mcm xkerja. sbb kt tmpt kerja pun angah kena rasuk juga.
Sampai satu masa, aku cuba mntk tlg 'A' iaitu kawan abg aku. Dia bantu sikit2 dan minta aku mandi untuk diri sndiri dlu. Bersihkan diri. Dia jenis xbgtahu apa yg jadi dia kata biarlah aku berfikir sndiri atau nampak dr dlm mimpi. Sejak aku mandi tu, Aku baca sndiri ayat2 yg 'A' tadi suruh, Sejak tu aku agak berubah. Pendapat aku bercanggah dgn angah. Dia pon agak berang dgn aku dan anggap keluarga aku dh kawal aku. Termasuk Acik tu. Bila dia dgn angah dia akan ckp ini, dan bila dia dengan aku dia akan cakap itu pula. Sejak ni aku x berapa minat dengan dorg dan rasa ada tak kena.
Sejak ni aku slalu berfikir sorg2 sbb selama ni rumah aku tu dipagar oleh acik. Tp bocor dan slalu angah kena rasuk. Dia cakap keluarga aku puncanya. Masa tu aku iya kan dan bergaduh dgn adik bradik aku sbb ni. Tp sejak ni aku berfikir sendiri, jika kita yg buat pagar, kita saje yg boleh bukak. Org lain tk boleh. Dan sejak tu aku flash back balik apa jadi. Dalam hal ni, aku fikir balik acik akan guna kan 'momok' utkk dia minta bantuan wlpn aku tahu tak baik berkawan dengan alam sana. Kedua acik ni cakap untuk alam sana, dia adalah ketua utk 'API, AIR, ANGIN' sedangkan kita tau, ALLAH lah ketua utk segala2 nya.
(Sambung)
Kita mulakan dengan kisah selepas kawen 'DEC 2016'. Selepas 4hari nikah & majlis, bermula lah perjalanan hidup baru kami. Iaitu keluar dr rumah dan hidup berdua. Family kami x bg duduk skli. Mula2 untuk kami susah utk survive skrg sbb kami KOSONG x ada apa2. Rumah dah siap bayar hanya akur saje pindah. Mengharapkan masa ni semoga ada sinar buat kami.
Tahun pertama 2017 sebagai suami isteri di mahligai kami sendiri. Baiknya disini, Lepas kawen duduk sendiri bile cukup/tidak makan, Gaduh atau happy kami, Hanya kami berdua tanpa urusan org lain , tanpa org lain tahu. Masa ni kami diuji dengan pekerjaan. Masa pindah kami xbyk duit. Padahnya kami tak buat simpanan awal. Ye, bg aku sgt susah. Rumah tanpa katil, tanpa sebarang perabut. Hanya kosong. Tp kami happy dan sentiasa bersabar serta bersyukur. Selepas 2/3minggu, Mak belikan peti ais & alatan rumah sedikit. Ibu belikan tilam, almari, Dapur, Kabinet dapur & rezeki kami masa ni, Jep hadiahkan kami tv. Alhamdulillah sgt2 sbb rezeki tanpa diduga.
Rumah masih lagi kosong tanpa perabot tp kami percaya ini baru permulaan yang kami kena hadap. Bukan semua lepas kawen hidup senang. Sebenarnya aku bersyukur sbb dpt merasa keperitan & kepayahan ni sbb aku belajar untuk bersyukur dan belajar dr setiap kesalahan & pengalaman. Dalam masa sama aku dan suami cuba untuk berusaha walaupun kami hanya menyusahkan orang dalam waktu ni. Aku masih tutup mulut dan xpernah mengadu nasib atau membuka aib keluargaku dekat fmly sndiri & mertua. Cuma time ni aku & suami bergantung dgn keluarga. Sbb kami masih ZERO dan betul orang kata, lelaki lambat untuk matang. Makan atau tidak kami masih boleh cari sendiri. Masa ni rasa, sehari mcm bertahun . Sentiasa mengeluh bila nak senang, bila nak dpt apa yg aku nak. Kkdg2 mmg ikat perut atau rajin meminjam fmly. Strungle sgt masa ni, mmg tak boleh lupa. Tapi aku anggap ini adalah pengalaman hidup dan apa org kata, 5 TAHUN ke bawah utk perkahwinan mmg sgt2 mencabar. Betul! mmg aku x nafikan ayat ni!