Kita mulakan dengan kisah selepas kawen 'DEC 2016'. Selepas 4hari nikah & majlis, bermula lah perjalanan hidup baru kami. Iaitu keluar dr rumah dan hidup berdua. Family kami x bg duduk skli. Mula2 untuk kami susah utk survive skrg sbb kami KOSONG x ada apa2. Rumah dah siap bayar hanya akur saje pindah. Mengharapkan masa ni semoga ada sinar buat kami.
Tahun pertama 2017 sebagai suami isteri di mahligai kami sendiri. Baiknya disini, Lepas kawen duduk sendiri bile cukup/tidak makan, Gaduh atau happy kami, Hanya kami berdua tanpa urusan org lain , tanpa org lain tahu. Masa ni kami diuji dengan pekerjaan. Masa pindah kami xbyk duit. Padahnya kami tak buat simpanan awal. Ye, bg aku sgt susah. Rumah tanpa katil, tanpa sebarang perabut. Hanya kosong. Tp kami happy dan sentiasa bersabar serta bersyukur. Selepas 2/3minggu, Mak belikan peti ais & alatan rumah sedikit. Ibu belikan tilam, almari, Dapur, Kabinet dapur & rezeki kami masa ni, Jep hadiahkan kami tv. Alhamdulillah sgt2 sbb rezeki tanpa diduga.
Rumah masih lagi kosong tanpa perabot tp kami percaya ini baru permulaan yang kami kena hadap. Bukan semua lepas kawen hidup senang. Sebenarnya aku bersyukur sbb dpt merasa keperitan & kepayahan ni sbb aku belajar untuk bersyukur dan belajar dr setiap kesalahan & pengalaman. Dalam masa sama aku dan suami cuba untuk berusaha walaupun kami hanya menyusahkan orang dalam waktu ni. Aku masih tutup mulut dan xpernah mengadu nasib atau membuka aib keluargaku dekat fmly sndiri & mertua. Cuma time ni aku & suami bergantung dgn keluarga. Sbb kami masih ZERO dan betul orang kata, lelaki lambat untuk matang. Makan atau tidak kami masih boleh cari sendiri. Masa ni rasa, sehari mcm bertahun . Sentiasa mengeluh bila nak senang, bila nak dpt apa yg aku nak. Kkdg2 mmg ikat perut atau rajin meminjam fmly. Strungle sgt masa ni, mmg tak boleh lupa. Tapi aku anggap ini adalah pengalaman hidup dan apa org kata, 5 TAHUN ke bawah utk perkahwinan mmg sgt2 mencabar. Betul! mmg aku x nafikan ayat ni!
No comments:
Post a Comment