Lepas bersalinkan adik, Aku tak kerja & husband pun buat foodpanda sementara sbb kerja dia xboleh jalan sejak covid haritu. Memikirkan 2 anak, aku kena tolong husband sama2 cari duit. Aku kalau boleh xnk adik rasa mcm kakak rasa juga. Xmo la sebe serbi x ckup & nak kena pinjam.
Melahirkan adik kali ni byk rezeki masuk. Alhamdulillah.
Nak penghujung tahun ni, mencurah2 rezeki org bagi.
Bln 10 ni dpt beli aircond, dpt beli mesin basuh baru. Abah beli sebab dia dpt epf tahun ni. Hahaha, ahamdulillah.
Tahun 2021 pun pembuka yang baik. 06/01/2021 kami share duit sama2 beli langsir baru, Meja makan, Sofa & Karpet dan semua keperluan anak2. Alhamdulillah. Selesa anak2 , kakak pun suka duduk rumah dah skrg tak menangis2 xnk balik nak duduk rumah opah lagi dah. Hehe.
Betul kata org, 5tahun pertama sgt mencabar tp rezeki sntiasa masuk sejak ada anak2 ni. Alhamdulillah makan & minum kami sntiasa cukup. Dpt beli baju adik & kakak cantik2. Rumah pun dah tak kosong lagi mcm dlu mula2 kawen. Wlpn rumah sewa tp alhamdulillah dh ade semua tu. Balik rumah dpt baring2 kt sofa dh bersyukur. Hahaah. Happy sgt tgk suami sbb dia slalu berangan nak rumah mcm ni mcmtu. Now misi mencantikkan dapur dan selepas tu nak cantikkan setiap bilik pulak. Semoga Allah memudah kan semuanya, Aamiin.
Untuk yg baru kawen aku cuma nasihatkan, Kentalkan diri & jangan mudah putus asa. Doa & ucap yang baik2 insha Allah yg dtg juga baik2. Aku pon baru je lagi, masih jauh sgt perjalanan.
Goodluck for your life π