Dec 2019 - Tahun ni aku kerja balik dengan faiz di Midas sbgai Collector department. Aku pernah kerja sini untuk beberapa kali. Tapi tak berapa selesa.. Aku lebih suka kerja sebagai admin sbb hanya pegang pen dan kertas. Sabtu ahad cuti. Haha. Tahun ni bagi aku tahun yang sangat mencabar dan sangat panjang perit sakit & happy.
Tahun ni aku kenal dengan seluruh keluarga kawan baik suami iaitu 'w'. Aku kenal dia dari 2010 tahun yg aku kenal abi jugak. Tahun ni aku kenal dengan keluarga dia sbb adik nye tak berapa sihat & berubat dengan keluarga aku. Seperti yang aku cakap, tahun ni adalah tahun yg panjang, Happy, perit & tahun yg byk bg aku pengajaran sbnarnya.
Biarlah aku ringkaskan saje cerita sbb aku sbrnya taknak ingat apa2 cerita ni lagi. Kami sgt rapat, adik 'w' tu kami panggil 'angah'. Hampir 1 tahun aku duduk rumah ibu teman dia duduk situ. Masa ni keluarga aku yg ubat dia, sbb dia slalu dirasuk, diganggu dan selalu sakit bila dkt rumah dia. Dan masa ni hijab dia terbuka dan dia xbiasa. So aku temankan dia duduk rumah ibu selama dia sakit tu sbb yela rumah tu semua lelaki. Mula2 semuanya seperti biasa dan okay2 saje. Dan sejak bulan brpe Kami selalu diganggu, sara pulak matanya jenis nampak, Kami tidur tak pernah tenteram & dalam keadaan takot je. Aku ringkaskan je tau cite, sbb kalau nk cite dr mula mmg panjang sgt2. Selama ni elok je angah ni dgn kami wlpn kami slalu sgt x ckup tidur sbb dia boleh dikatakan hari2 dirasuk. tp nk tgk dia sihat kan. Layankan jela. Dia kerja dengan aku skli sbb kami rapat. Sampai lah satu hari kami kenal dengan 'Acik' aku gelarkan dia tu je bkn nama sbnr. Acik ni reti ubat org cuma cara dia lain drpd yg lain. Hijabnya terbuka sama mcm angah dan dia jugak tolong angah belajar cara kawal hijab dia tu. Mula2 semua nya okay lama2 makin berubah dan kucar kacir. Aku seperti org bodoh. Dalam keadaan yg aku tahu salah tp mulut aku akan kata semuanya betul. Keluarga aku kucar kacir, Aku bergaduh dengan seluruh keluarga aku. Sbb acik ni bgtahu angah dia nmpak ibu jaga sara dengan cara tak elok, Dia bgtahu ibu mcm ni dan abah mcm ni dan seluruh keluarga aku mcmni.
Bermula lah angah keluar dan duduk dirumah kami. Time ni penat sgt2. Aku slalu fikir nak suruh angah duduk balik rumah dia. Tapi tak terluah. Acik slalu dtg rumah aku sbb angah slalu bermasalah xkira waktu. Kami sekeluarga penat sgt2 sbb x ckup tidur. Hari ke hari aku dgr jela apa dorg kata, Itu salah dan ini salah. Waktu ni kerja pon mcm xkerja. sbb kt tmpt kerja pun angah kena rasuk juga.
Sampai satu masa, aku cuba mntk tlg 'A' iaitu kawan abg aku. Dia bantu sikit2 dan minta aku mandi untuk diri sndiri dlu. Bersihkan diri. Dia jenis xbgtahu apa yg jadi dia kata biarlah aku berfikir sndiri atau nampak dr dlm mimpi. Sejak aku mandi tu, Aku baca sndiri ayat2 yg 'A' tadi suruh, Sejak tu aku agak berubah. Pendapat aku bercanggah dgn angah. Dia pon agak berang dgn aku dan anggap keluarga aku dh kawal aku. Termasuk Acik tu. Bila dia dgn angah dia akan ckp ini, dan bila dia dengan aku dia akan cakap itu pula. Sejak ni aku x berapa minat dengan dorg dan rasa ada tak kena.
Sejak ni aku slalu berfikir sorg2 sbb selama ni rumah aku tu dipagar oleh acik. Tp bocor dan slalu angah kena rasuk. Dia cakap keluarga aku puncanya. Masa tu aku iya kan dan bergaduh dgn adik bradik aku sbb ni. Tp sejak ni aku berfikir sendiri, jika kita yg buat pagar, kita saje yg boleh bukak. Org lain tk boleh. Dan sejak tu aku flash back balik apa jadi. Dalam hal ni, aku fikir balik acik akan guna kan 'momok' utkk dia minta bantuan wlpn aku tahu tak baik berkawan dengan alam sana. Kedua acik ni cakap untuk alam sana, dia adalah ketua utk 'API, AIR, ANGIN' sedangkan kita tau, ALLAH lah ketua utk segala2 nya.
(Sambung)
No comments:
Post a Comment