-->
skip to main | skip to sidebar

♥♬ Honey Bunny Diary ♬♥

Kelahiran Kedua ~

 


Mengandung si adik ni agak mencabar. Sakit2 badan dan aku kena kencing manis. Tiap2 minggu kena cek gula dlm badan. Dan kena bersalin sblm tarikh due 4 oct 2020.

3 OCT 2020 - Kena serah diri dah. Tahun ni bersalin dekat kerajaan je. Sbb taknak susahkan siapa2 lagi wlpn tgh susah skrg sb aku dh xkerja abi pulak nasib tmpt kerja dia masih bagi gaji wlpn dh xboleh kerja sbb covid ni kan..
Pagi2 sarapan dulu, masa ni baru lah start rasa cuak sgt2 sbb nak dekat bersalin dh kan. Risau semua ada. Doa byk2 dpt melahirkan normal. Dah masuk hsptl, salin pakaian dan tunggu dlu sbb nak masuk ward. Covid ni ramai sgt org so akan lama sikit tunggu. tp alhamdulillah la time ni tunggu setengah jam je. Hihi. And alhamdulillah jugak dpt bilik 2 org. Ingat dpt duduk yg byk2 katil tu sbb ramai kan. haha. Rezeki dpt duduk bilik private sikit 2 org je dlm tu. Nak senaman ke nak bukak tudung senang. Check in bilik terus mandi bg segar and baring je. Dah check jalan cuma 3cm je dr pagi sampai malam. Risau sbb masa kakak sara dulu mcm ni jugak takde bukaan. Takut kena masuk ubat lagi. Malam tu aku tidur lambat. 2jam berjalan dan senaman serta mengereng ke kiri sambil selawat tak putus. Jam 5pgi doc nk check jalan lagi. Alhamdulillah dh ade bukaan 4cm. Dorg suruh tnggu dlu. Balik bilik rehat mandi senaman and baring smbil selawat. Jam 12tgh hari check jalan lagi tgh nak makan utk tgh hari. Terpksa makan buah je utk tenaga sbb dah 6cm. Terkejut sgt. Masa ni rasa nak nangis je sbb tkot. Inform abi and fmly nak masuk labour room. Tolak je masuk labour room nurse & doc sume prepair brg2 and hrp sgt dpt bersalin normal. Dorg pasang CTG. and nasib doc bg utk mngereng. Makin lama makin kerap sakit. Betul2 xtahan dgn hsbnd tak ada. Dah bgtahu doc sakit sgt2. Dorg bagi gas je, doc & nurse baik2 and bg semangat utk besalin normal. Tetiba rasa sakit disudahi dengan rasa nak meneran. Aku teran slow2 and doc dtg check bukaan. 6cm juga tp dh rasa kepala baby. Start la ramai2 dtg bilik aku and suruh push. Semua pon atas bantuan dorg. Push2 sume pukul 3.45pm keluarlah seketul anak lelaki dengan NORMAL. Alhamdulillah doa semua termakbul. Dsbbkan xpernah bersalin normal dorg ade gunting sikit and ade koyak byk bkn sbb aku angkat punggung tp sbb kulit yg rapuh. So sesi menjahit hidup2 tanpa bius. Ni je amik masa 2jam. Hahaha. Pukul 6.30pm inform kt semua fmly yg aku dh selamat bersalin normal. Alhamdulillah, Sakit semua hilang lps bersalin. Cuma lps je naik bilik btul2 rasa nak pitam and darah non stop. Nurse anta masuk bilik , turun dr kerusi darah banyak sgt tumpah atas lantai. Aku suruh nurse amik anak dlu and aku nak makan & minum & rehat. Sakit sgt sbb jahitan byk sgt2 hampir dkt punggung. tukar pakaian pun nurse tolong. Btul2 sakit. And aku terus rehat & tidur tau2 pkul 12am. Minta doc antakan anak. Pkul 1.30am bby dtg and bru dpt susukan , amik gambar semua bg fmly. Alhamdulillah dpt anak sepasang dan dpt merasa bersalin normal. 


Muhammad Daiyan Rizqi
3.65kg 

pukul 8pm baru aku tahu berat baby berapa. Hahaha. Lebih berat dr kakak dia yg 3.48kg. 


THIS IS MY REAL LIFE STORY ! Terima Kasih Sebab Baca . LIKE Kalau Suka ♥

Story --> Ainn No comments:

Ringkasan 2020 (Part 1)

 


Bismillah, Bermula lah tahun baru 2020. Alhamdulillah sbb tahun ni tahun yg kami sekeluarga serba cukup dan tak pernah putus susu dan pmpers kakak. Mainan dia pun dh banyak kt rumah. Aku masih kerja di Midas cuma dh tukar department. Happy sangat dgn department baru ni. Rezeki sntiasa ade. Kawan2 pun baik, aku slalu ikot dorg jalan2, alhamdulillah la abi sntiasa izinkan. 

MARCH 2020
Bulan ni bermula la dugaan buat aku & semua org dalam dunia ni sbb ada virus covid dan mudah merebak. Masa ni x boleh kerja, xboleh keluar lansung. Bad news aku dah diberhentikan sbb covid ni. 
Good news, awal tahun ni diela prgnt setelah 6 tahun dia kawen. Dan good news juga aku ikot jejak dia prgnant anak kedua. Alhamdulillah ALLAH perkenankan doa aku dulu2 nak ada anak sama dgn diela & sebaya. Hihi. Bermula la dgn berbadan dua. Sara bakal jadi kakak. Aku banyak fikir sbb sebelum ni aku ceaser kan. Allahu. 

Sepanjang tahun 2020 ni duduk rumah saje sbb covid makin teruk. 
So sbb tu tajuk pon RINGKASAN 2020 sbb mmg ringkas, Hahahahaha!

Oct 2020 aku bersalin kn adik. 
Next cerita pengalam bersalin kan anak kedua.

Stay tune !!


THIS IS MY REAL LIFE STORY ! Terima Kasih Sebab Baca . LIKE Kalau Suka ♥

Story --> Ainn No comments:

Part 2

 Part 2 (Sambungan)

Satu malam tu, aku bergaduh sikit dgn angah atas sbb tertentu dan minta dia keluar rumah aku. Aku suruh sbb aku dh kerja dan dia dh berenti takkan dia nk duduk rumah tu dgn abi pulak. Dia akur jela sb alasan tu munasabah bg aku. Oh lupa nak cakap, Angah dikawal sepenuhnya oleh acik.

Malam tu abg aku ada bgtahu aku yg angah ade serang keluarga kawan abg aku yg 'A' tu. Aku ada tanya angah dan masa tu aku fikir angah x pernah pelik kt rumah aku,, Yang aku tahu dia mmg dikawal dgn acik tu. Aku x cakap lagi dgn bie. Masa yang atok angah tu meniggal aku dan suami agak pelik disini. Sbb masa berubat atok angah tu seingat aku atok dia kene carik pengganti utk saka dia. Acik penah kata, nak mntak angah terima dlu dan dia nak buangkan sbb tubuh bdn utk org muda senang nak buang. Aku rasa acik dh mntak angah terima. Malam tu aku cerita semua dkt abi apa aku rasa dan syak. Sbb kami dh start pelik. Aku slalu solat minta dgn allah tunjukkan semua nya.

Alhamdulillah, Malam tu ibu ada nak jumpa anak sbb dkt setahun aku xbg sara jumpa ibu dan keluarga aku sbb takut masa tu. Aku bgtahuu acik yg keluarga aku jumpa kami. Mmg saja aku bgthu. Abi x berapa setuju & marah.Sbb yela dia masih xleh lupa apa yg acik ckp kt kami. Acik call2 aku masa aku jumpa keluarga aku, cuma aku xjawap. Mula2 aku gado juga dgn keluarga aku. Kami jumpa dekat metro je adik ipar bawa. Start yg ni la hari terakhir aku berhubung dengan angah dan acik. Sbb apa ibu dan abah cerita bercanggah dengan kami.

Acik bgtahu kami keluarga kami mcmni, Dan acik bgtahu keluarga kami yg kami rasa keluarga kami mcmni. Faham x? seolah2 dia tgh melaga2 kan kami. Start dari ni, aku tak lagi berhubungan dgn mereka termasuk angah. Dan semuanya kembali biasa wlpn ade kekacauan sikit2 dkt rumah aku. Tp 'A' byk bantu bersihkan rumah aku dan pagar balik rumah tu. 

A bgtahu, dalam rumah tu mcm2 acik letak. Dan dia tutup rumah aku dgn kain hitam dan kuning. Mcm yg org semua tahu warna tu kan x elok. Dalam rumah tu mcm2 bnda ada acik letak, dulu dia kata yg dia letak penjaga dalam rumah aku.Tp sbnrnya xpernah ada funshion sbb sepanjang angah kena rasuk takpenah lg dia bantu.

Sejak ni aku dan keluarga aku makin okay, cuma abi dgn keluarga aku blm elok lagi. Kami selalu bergaduh bab ni. Skrg alhamdulillah makin okay abi dan fmly aku. kami dgn 'w' masih berkawan mcm biasa sbb dia pun xsuka acik dan mcm2 dia cerita dkt kami tntg runah dia, Kami btul2 buang keluarga dia dan acik dari idup kami. And now aman dan tenang sgt2. 

Pengajaran dalam ni, Jangan percaya orang luar dri keluarga sendiri. Jangan bagi orang masuk rumah kita. 

Alhamdulillah selesai semua masalah keluarga aku. Ini pon tak cerita detail. kalau cerita detail mau 10 part. Haha. 


THIS IS MY REAL LIFE STORY ! Terima Kasih Sebab Baca . LIKE Kalau Suka ♥

Story --> Ainn No comments:

Story Part 1

 Dec 2019 - Tahun ni aku kerja balik dengan faiz di Midas sbgai Collector department. Aku pernah kerja sini untuk beberapa kali. Tapi tak berapa selesa.. Aku lebih suka kerja sebagai admin sbb hanya pegang pen dan kertas. Sabtu ahad cuti. Haha. Tahun ni bagi aku tahun yang sangat mencabar dan sangat panjang perit sakit & happy. 

Tahun ni aku kenal dengan seluruh keluarga kawan baik suami iaitu 'w'. Aku kenal dia dari 2010 tahun yg aku kenal abi jugak. Tahun ni aku kenal dengan keluarga dia sbb adik nye tak berapa sihat & berubat dengan keluarga aku. Seperti yang aku cakap, tahun ni adalah tahun yg panjang, Happy, perit & tahun yg byk bg aku pengajaran sbnarnya. 

Biarlah aku ringkaskan saje cerita sbb aku sbrnya taknak ingat apa2 cerita ni lagi. Kami sgt rapat, adik 'w' tu kami panggil 'angah'. Hampir 1 tahun aku duduk rumah ibu teman dia duduk situ. Masa ni keluarga aku yg ubat dia, sbb dia slalu dirasuk, diganggu dan selalu sakit bila dkt rumah dia. Dan masa ni hijab dia terbuka dan dia xbiasa. So aku temankan dia duduk rumah ibu selama dia sakit tu sbb yela rumah tu semua lelaki. Mula2 semuanya seperti biasa dan okay2 saje. Dan sejak bulan brpe Kami selalu diganggu, sara pulak matanya jenis nampak, Kami tidur tak pernah tenteram & dalam keadaan takot je. Aku ringkaskan je tau cite, sbb kalau nk cite dr mula mmg panjang sgt2. Selama ni elok je angah ni dgn kami wlpn kami slalu sgt x ckup tidur sbb dia boleh dikatakan hari2 dirasuk. tp nk tgk dia sihat kan. Layankan jela. Dia kerja dengan aku skli sbb kami rapat. Sampai lah satu hari kami kenal dengan 'Acik' aku gelarkan dia tu je bkn nama sbnr. Acik ni reti ubat org cuma cara dia lain drpd yg lain. Hijabnya terbuka sama mcm angah dan dia jugak tolong angah belajar cara kawal hijab dia tu. Mula2  semua nya okay lama2 makin berubah dan kucar kacir. Aku seperti org bodoh. Dalam keadaan yg aku tahu salah tp mulut aku akan kata semuanya betul. Keluarga aku kucar kacir, Aku bergaduh dengan seluruh keluarga aku. Sbb acik ni bgtahu angah dia nmpak ibu jaga sara dengan cara tak elok, Dia bgtahu ibu mcm ni dan abah mcm ni dan seluruh keluarga aku mcmni. 

Bermula lah angah keluar dan duduk dirumah kami. Time ni penat sgt2. Aku slalu fikir nak suruh angah duduk balik rumah dia. Tapi tak terluah. Acik slalu dtg rumah aku sbb angah slalu bermasalah xkira waktu. Kami sekeluarga penat sgt2 sbb x ckup tidur. Hari ke hari aku dgr jela apa dorg kata, Itu salah dan ini salah. Waktu ni kerja pon mcm xkerja. sbb kt tmpt kerja pun angah kena rasuk juga. 

Sampai satu masa, aku cuba mntk tlg 'A' iaitu kawan abg aku. Dia bantu sikit2 dan minta aku mandi untuk diri sndiri dlu. Bersihkan diri. Dia jenis xbgtahu apa yg jadi dia kata biarlah aku berfikir sndiri atau nampak dr dlm mimpi. Sejak aku mandi tu, Aku baca sndiri ayat2 yg 'A' tadi suruh, Sejak tu aku agak berubah. Pendapat aku bercanggah dgn angah. Dia pon agak berang dgn aku dan anggap keluarga aku dh kawal aku. Termasuk Acik tu. Bila dia dgn angah dia akan ckp ini, dan bila dia dengan aku dia akan cakap itu pula. Sejak ni aku x berapa minat dengan dorg dan rasa ada tak kena. 

Sejak  ni aku slalu berfikir sorg2 sbb selama ni rumah aku tu dipagar oleh acik. Tp bocor dan slalu angah kena rasuk. Dia cakap keluarga aku puncanya. Masa tu aku iya kan dan bergaduh dgn adik bradik aku sbb ni. Tp sejak ni aku berfikir sendiri, jika kita yg buat pagar, kita saje yg boleh bukak. Org lain tk boleh. Dan sejak tu aku flash back balik apa jadi. Dalam hal ni, aku fikir balik acik akan guna kan 'momok' utkk dia minta bantuan wlpn aku tahu tak baik berkawan dengan alam sana. Kedua acik ni cakap untuk alam sana, dia adalah ketua utk 'API, AIR, ANGIN' sedangkan kita tau, ALLAH lah ketua utk segala2 nya.

(Sambung)


THIS IS MY REAL LIFE STORY ! Terima Kasih Sebab Baca . LIKE Kalau Suka ♥

Story --> Ainn No comments:

Syukur padamu Ya Allah

 

\

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


3 tahun dalam alam perkahwinan, 2 tahun sara membesar. 
Selama kami bersama, dalam susah, sedih, Serba tak cukup tp alhamdulillah, OCT 2019  abi dapat rezeki sikit. Kami dapat beli tv baru, Karpet, Set bilik tidur & Cat rumah.

Oh lupa nak bgtahu, Kami dah pindah rumah, tak jauh dengan rumah lama, cuma beza block sahaja. Kami pindah sbb tak mampu nak bayar rumah sewa berbulan waktu ni dan diminta keluar drpd rumah. Kesian sara kena lalui semua benda ni dengan kami. Alhamdulillah kawan kami Ammar ada nak sewakan rumah. Kami masuk rumah tu tanpa ada apa2 dalam rumah tu. Hanya basic sahaja waktu ni. 

2019 dah nak hujung tahun abi dpt rezeki sikit belikan utk rumah. Ya allah, Happy nya kami waktu ni. Walaupun tak lah complete, tapi dapat juga cantikkan rumah dan bg sara selesa sb baju2 dah boleh letak dalam almari, sara dh boleh main atas katil dan kami duduk rumah dh x bosan sb dah ade tv. Sebenarnya, tahun ni tahun paling lama aku duduk rumah ibu sbb kami xcukup duit utk beli makanan and kat rumah pulak tak ada mesin basuh & sara pulak bosan duduk rumah tak ada tv. Dan waktu ini lah aku terpaksa bg dia tgk phone sama2 dengan kami. Yela, tv tak ada mainan tak ada. 

Kami happy & sara pon nampak happy sangat dh dapat tidur atas katil baru. Alhamdulillah syukur kepadamu Ya ALLAH. Satu2 rezeki tu masuk. 

Cuma skrg kami ada masalah dengan kipas. Hahaahahah! sbb sara sama mcm abah dia yg tak boleh panas , berpeluh sentiasa. Kipas pulak beli2 asyik rosak. Hahaha. 


THIS IS MY REAL LIFE STORY ! Terima Kasih Sebab Baca . LIKE Kalau Suka ♥

Story --> Ainn No comments:

Jadi ibuπŸ’“πŸ’“


Jadi ibu? Alhamdulillah , Sara tidak la terlalu cerewet. Mudah untuk menjaga dia waktu kecik. 
Susah untuk sakit. Aku anggap yang sara mmg kuat antibody nye. Alhamdulillah. Aku kesian dengan saat, Saat dia ingin membesar, Kami blm mampu bg dia sepenuh kesenangan & keselesaan untuk dia. Tidur pon masih alas kan tilam. Kebetulan bdn sara sgt sensitive dengan habuk/katil yg dh lama. Naik merah2 seluruh bdn dia setiap kali tidur. Mesin basuh x ada jadi jarang utk aku cuci kain cadar selalu sbb masa ni kain cadar ada satu jenis atau aku akn alaskan pakai selimut yg aku bawak dari rumah ibu. Nasib la susu dia nak yg murah. Pampers pon yg murah jugak. 

Aku kesian dgn dia. Maafkan ibu sara, sbb blm mampu beri keselesaan yg baik buat kamu. 
Maafkan aku juga mak mertua & adik ipar sebab selalu menyusahkan kalian berdua. Bagi aku, aku x suka bgtahu susah / bgtahu bnde tak ckup dgn fmly. Tp bile dh ade anak & dia x ckup utk pakai atau makan, Abi akan mntk tlg keluarga dia. Aku tak tahu sampai bila kami akan menyusahkan mereka.

Betul kata orang, Kawen bkn sesuatu yg mudah. Tinggal berdua mmg senang sbb jaga makan berdua. Tp bila dah ade anak, blm tentu kau dpt beri semuanya. Tp aku percaya juga, setiap kelahiran anak membawa rezeki.

Ibu janji, satu hari nnti kita akan senang. Walaupun tak sekaya mana, tp ibu xkan buat sara xdpt apa yg sepatutnya. Ibu xkan buat susu/pmpers sara xcukup lagi mcm skrg. 

Ya Allah, Kau limpahkan la rezeki buat kami sekeluarga. Kau jauhi la keluarga ku daripada segala kesusahan, kejahatan, kesakitan. Rahmati lah dan lindungi lah kami sekeluarga. Satukan hati kami & kuat kan hati kami dalam menjaga anak kami. Aamiin





THIS IS MY REAL LIFE STORY ! Terima Kasih Sebab Baca . LIKE Kalau Suka ♥

Story --> Ainn No comments:

Kelahiran pertama ~

Assalamualaikum.

Setelah 9 bulan aku bawak perut, Tiba masa untuk aku melahirkan zuriat pertama kami. 
Berita baik pertama kami, ayah mertua aku akan support semua kos bersalin untuk cucu pertama dekat hospital swasta. 
14 Nov 2017 - aku ada check up dkt hspital, Aku sgt mengharapkan ini check up terakhir sbb due aku dah sampai. Masa ni dh ckp kt bie, lepas check up nak makan pizza sb nnti nak bersalin dah. Haha. Tp apa kan daya, Doc check bukaan masa ni 4cm dah so dorg decide untuk tahan aku dekat hospital hari ini. Kami diberi masa 2jam untuk tunggu sbb nak daftar masuk. Tak semena2 kena tahan ward terus dengan lapar nye semua. Beg apatah lagi xbawak. Hahaha nasib hospital dengan rumah hanya 10/15min je. Bermula lah dengan proses2 dihospital. Ini la pertama kali aku kena tidur dekat hospital. Masa ni rasa takut, rasa happy tak sabar nak tunggu anak kami. 

15 Nov 2017 - 1 hari dh berlalu. Bukaan masih dalam 4cm lagi, pagi ni doc minta aku ke labour room dah. Tak sempat nak sarapan. Jam 11pagi buat CTG tanpa boleh bergerak slgi bacaan tak okay. And bacaan masa ni mmg x ok sbb baby tidur dan x nk gerak pun. Haih. Check jalan masih sama dan tak ada tanda2 nak sakit atau nak besalin. Bukaan masih sama 4cm. Doc pecahkan ketumban dan masuk ubat. Yang aku masih lapar sbb doc ada suruh nurse bg aku biskut dan air tp nurse x bg pom.  Mungkin lupa kot. Haha! Masa berlalu dgn cpt, 2kali masuk ubat tp masih x sakit wlpn nurse kata bacaan aku patutnya aku dh sakit. 8pm abi datang masuk labour room teman aku. Smpai la jam 9malam terasa sakit sangat sampai xdpt nak bendung. Masa tu doc suruh tahan dlu and no ubat tahan sakit. Abi tgk aku pon risau, Hahaha masa tu doc masuk and bgtahu kalau pukul 11lebih tak de bukaan lagi, kena operate. Aku redha je sb dh sakit sgt2 yela 2x masuk ubat. Masa berlalu perlahan jeee. sampai tertidur2. And tgk jam dh 11 lebih, doc masuk dalam terus bgtahu untuk emergncy ceaser. Sign semua document, Start puasa (Mmg tak makan lnsung pun dr pagi). And doc tolak masuk bilik OT. Aku tgk smua dok tunggu kt situ. Benda tak boleh lupa sbb aku meronta sakit time doc nak cucuk kt blkg tu. Hahaa. Tak lama tu pengsan and sedar2 tgk kt lampu atas kepala tu, nampak la doc tgh toreh & nak keluarkan baby. 

Jam 12.51am 16 Nov 2017 - Selamat lah keluar baby girl 3.48kg yg diberi nama Nur Falisha Qaisara (Abah nye yg pilih) secara ceaser. Apa pun aku bersyukur sbb tambah 1 ahli keluarga kami.


Semoga dengan kehadiran cahaya mata pertama lebih diperluaskan rezeki dan kami bahagia hingga ahir hayat. Aamiin






THIS IS MY REAL LIFE STORY ! Terima Kasih Sebab Baca . LIKE Kalau Suka ♥

Story --> Ainn No comments:

' Bertiga '


18 March 2017 

3 bulan baru berlalu utk kami berdua sbgai husbnd and wife. Masa terasa sekejap sangat. 
Setelah beberapa bulan tak period & mmg dah jangkan mcm mengandung. Mula2 mmg nk tunggu lagi tapi dah sebulan period tak datang. Time ni ride ikot abi pergi johor kampung jep. Dan masa ni juga aku nak try pregnancy test tu sb yela risau dekat tempat orang dan taktahu status. Check punya check ALHAMDULILLAH! Datang la rezeki anak buat kami. Sebenarnya tak ada perancangan bab ni. Kami sentiasa mengalukan setiap rezeki buat kami. Walaupun sebenarnya dalam hati ni happy bercampur risau sbb kami bukannya senang. Dalam masa sama memikir kan boleh ke kami membesarkan anak ni.Apa pun aku happy sebab anak ni jugak menguatkan hubungan kami suami isteri dan buat kami rasa lagi banyak pengalaman baru. Husband pon happy & sgt tak sabar nak besarkan anak sama2 .. hihi





THIS IS MY REAL LIFE STORY ! Terima Kasih Sebab Baca . LIKE Kalau Suka ♥

Story --> Ainn No comments:

Bermula kehidupan baru~

 

Kita mulakan dengan kisah selepas kawen 'DEC 2016'. Selepas 4hari nikah & majlis, bermula lah perjalanan hidup baru kami. Iaitu keluar dr rumah dan hidup berdua. Family kami x bg duduk skli. Mula2 untuk kami susah utk survive skrg sbb kami KOSONG x ada apa2. Rumah dah siap bayar hanya akur saje pindah. Mengharapkan masa ni semoga ada sinar buat kami.

Tahun pertama 2017 sebagai suami isteri di mahligai kami sendiri. Baiknya disini, Lepas kawen duduk sendiri bile cukup/tidak makan, Gaduh atau happy kami, Hanya kami berdua tanpa urusan org lain , tanpa org lain tahu. Masa ni kami diuji dengan pekerjaan. Masa pindah kami xbyk duit. Padahnya kami tak buat simpanan awal. Ye, bg aku sgt susah. Rumah tanpa katil, tanpa sebarang perabut. Hanya kosong. Tp kami happy dan sentiasa bersabar serta bersyukur. Selepas 2/3minggu, Mak belikan peti ais & alatan rumah sedikit. Ibu belikan tilam, almari, Dapur, Kabinet dapur & rezeki kami masa ni, Jep hadiahkan kami tv. Alhamdulillah sgt2 sbb rezeki tanpa diduga. 

Rumah masih lagi kosong tanpa perabot tp kami percaya ini baru permulaan yang kami kena hadap. Bukan semua lepas kawen hidup senang. Sebenarnya aku bersyukur sbb dpt merasa keperitan & kepayahan ni sbb aku belajar untuk bersyukur dan belajar dr setiap kesalahan & pengalaman. Dalam masa sama aku dan suami cuba untuk berusaha walaupun kami hanya menyusahkan orang dalam waktu ni. Aku masih tutup mulut dan xpernah mengadu nasib atau membuka aib keluargaku dekat fmly sndiri & mertua. Cuma time ni aku & suami bergantung dgn keluarga. Sbb kami masih ZERO dan betul orang kata, lelaki lambat untuk matang. Makan atau tidak kami masih boleh cari sendiri. Masa ni rasa, sehari mcm bertahun . Sentiasa mengeluh bila nak senang, bila nak dpt apa yg aku nak. Kkdg2 mmg ikat perut atau rajin meminjam fmly. Strungle sgt masa ni, mmg tak boleh lupa. Tapi aku anggap ini adalah pengalaman hidup dan apa org kata, 5 TAHUN ke bawah utk perkahwinan mmg sgt2 mencabar. Betul! mmg aku x nafikan ayat ni!



THIS IS MY REAL LIFE STORY ! Terima Kasih Sebab Baca . LIKE Kalau Suka ♥

Story --> Ainn No comments:

Mulakan menaip !

 


Last update 2018 hari ni kita akan start balik menaip dekat sini, bg meluahkan semua yang ada. Orang kata apa kita rasa baik luah nanti takut boleh pecah kepala. Haha! so kita kena kosongkan minda dengan melepaskan segala yang terbuku di hati. Lama dah tinggalkan alam2 blog ni. Ini start balik. Semoga segala cerita dalam ni sekadar bercerita segala pengalaman sahaja. Tak ada kena mengena dengan sesiapa. 
Now dah tahun baru 2021. Alhamdulillah akan aku mula kan cerita dari tahun selepas aku berkahwin. 
Sekadar ingin menceritakan pengalaman sama ada suka duka pahit atau manis. Hahahaha. 

So lets start dengan permulaan ! HAHAHAHA



THIS IS MY REAL LIFE STORY ! Terima Kasih Sebab Baca . LIKE Kalau Suka ♥

Story --> Ainn No comments:
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
カーソル・スむッチ

Its Me

Photobucket

Ainn Honey

16 Januari

Taken

SPM Candidates’12

SMK Taman Medan

Taken

Daisypath Anniversary tickers

Facebook

Ainn HOney

Create Your Badge

STORY MORY

  • ▼  2021 (11)
    • ►  Feb (1)
    • ▼  Jan (10)
      • Kelahiran Kedua ~
      • Ringkasan 2020 (Part 1)
      • Part 2
      • Story Part 1
      • Syukur padamu Ya Allah
      • Jadi ibuπŸ’“πŸ’“
      • Kelahiran pertama ~
      • ' Bertiga '
      • Bermula kehidupan baru~
      • Mulakan menaip !
  • ►  2018 (1)
    • ►  Aug (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  Mar (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  Sept (2)
    • ►  May (2)
    • ►  Feb (1)
  • ►  2013 (17)
    • ►  Dec (1)
    • ►  Oct (6)
    • ►  Sept (3)
    • ►  Aug (1)
    • ►  May (3)
    • ►  Mar (1)
    • ►  Feb (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2012 (105)
    • ►  Dec (9)
    • ►  Nov (9)
    • ►  Oct (4)
    • ►  Sept (12)
    • ►  Aug (10)
    • ►  Jul (26)
    • ►  Jun (10)
    • ►  May (19)
    • ►  Apr (5)
    • ►  Mar (1)

Followers

 
 
Photobucket